Berikutan dengan kekalahan Barisan Nasional di Negeri Selangor, yang kini di bawah pentadbiran Barisan Rakyat (BR), mesyuarat dengan pihak-pihak terbabit mengenai masalah letupan batu di Taman Rawang Perdana 2, yang sepatutnya diadakan selepas pilihanraya, nampaknya tidak dapat dijalankan seperti yang dijanjikan oleh En. Jeffery Choong, ahli MPS dan pengerusi JKP Zon 19.
Satu surat maklum balas daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mengenai aduan yang dibuat sebelum ini telah diterima. Surat tersebut ditujukan kepada pihak MPS untuk tindakan dan siasatan lanjut dan satu salinan telah dihantar kepada pihak Jawatankuasa penduduk.
Walau bagaimanapun, memandangkan pihak BR kini yang memegang kuasa, maka masalah kita akan dibawa kepada wakil rakyat baru, iaitu Adun Rawang, Cik Gan Pei Ni, untuk penyelesaian.
Sekian, harap maklum.
Saturday, March 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment