Masalah pencemaran udara di Fasa RP11, TRP2 telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam Sekitar oleh En. Edmund Liew sejak tahun 2006.
Namun, tindakan yang diambil hanya sekadar mengeluarkan kompaun kepada syarikat kuari berkenaan di bawah Akta berkenaan.
Keadaan pencemaran dengan asap, bau yang kuat dan habuk yang dipercayai bertoksik mengakibatkan penduduk persekitaran terpaksa menutup semua pintu dan tingkap walaupun pada waktu siang.
Satu lagi pengaduan secara rasmi telah dikemukakan kepada pihak-pihak dan jabatan-jabatan terbabit untuk langkah penyelesaian.
No comments:
Post a Comment