Tuesday, February 19, 2008

Mesyuarat pertama JKP Zon 19, tahun 2008

Satu mesyuarat JKP Zon 19 yang dipengerusii oleh En. Jeffery Choong Kong Yoong telah diadakan pada 18/2/08, jam 8.30 malam, di Tkt 3, Bangunan MCA, Caw. Rawang.

Perkara-perkara yang perlu diambil tindakan telah dihuraikan di bawah dan satu laporan perlu dikemukakan kepada Pengerusi untuk tindakan lanjut.

A) Menyemak semula perkembangan masalah-masalah yang dibangkitkan oleh En. Rohimi dalam minit mesyuarat lepas seperti berikut :

4.2.1 – TNB Substation No.4, rumput panjang, longkang tersumbat, pintu terbuka dan pagar tidak berkunci ;

4.2.2 – Tiang lampu yang rosak di Jalan RP10, RP11

4.2.3 – Memohon papan tanda menuju ke Rawang Perdana 2 ;

4.2.4 – Papan tanda nama Jalan RP10, RP11, RP12, dan RP13 hilang ?

4.2.5 – Lampu jalan di seluruh kawasan RP12 berfungsi tidak mengikut masa yang sepatutnya ;

4.2.6 – Rumah-rumah terbiar dan semak dan masalah anai-anai di No.3 Jln RP11/8, No.1 Jln RP12/1 dan No.14 Jln RP10/2.

B) Diantara masalah baru yang dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah :

i) Menyemak semula semua tiang lampu di seluruh kawasan perumahan Taman Rawang Perdana 2 untuk mengenal pasti, lampu tiang yang tidak berfungsi untuk diperbaikki ;

ii) Tiang lampu di simpang jalan utama masuk ke Taman Rawang Perdana 2 (berdekatan dengan unit-unit banglo) yang telah lama tidak berfungsi telah dilaporkan untuk tindakan ;

iii) Tangki air berdekatan dengan semi-D yang membekalkan air ke RP10 dan fasa-fasa yang lain tidak ditutup dengan baik dan ini akan menimbulkan masalah pencemaran air ;

iv) Pagar besi di sepanjang jalan utama turun dari Taman Rawang Perdana 2 ke Taman Bukit Rawang Jaya didapati telah berkarat. Pihak JKP atau MPS diminta mengecat semula pagar-pagar besi ini ;

v) Masalah letupan batu yang kuat yang dilakukan berturut-turut telah menimbulkan perasaan ketidak puas hati penduduk persekiratan.

vi) Apa-apa masalah lain yang perlu dilaporkan ;


AJK Penduduk TRP2 dari kumpulan persekitaran (Environment) digesa membuat semakan masalah-masalah berbangkit dan menyediakan laporan secepat mungkin sebelum peruntukkan JKP Zon 19 untuk tahun 2008 yang berjumlah RM50,000 habis digunakan di kawasan lain.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Pn Ong Siew Hong
Tel : 019-263 9086
E-mail : shong.ong@gmail.com

No comments: