Thursday, February 21, 2008

Antara Masalah-Masalah Taman Rawang Perdana 2


Pagar besi disepanjang jalan utama dari TRP2 turun ke Taman Bukit Rawang Jaya telah berkarat. Pihak JKP Zon 19 atau MPS telah diminta memperbaikki dan mengecat semula pagar besi ini sebelum ia dirobohkan sebagai besi buruk. Longkang di seluruh TRP2 yang tidak pernah dibersihkan termasuk longkang di lorong belakang rumah (laporan dari En. Chan).



Rumah kosong dan stesyen TNB (RP10/6) yang bersemak yang mungkin menjadi tempat pembiakan ular. Tuan rumah-rumah ini (21 RP10/4, 75 RP10/8, 24 RP11/5, 10 RP11/7, 26 RP11/7, 27 RP11/7, 3 RP11/8, No.4 RP11/8) adalah dinasihatkan supaya membuat sesuatu sebelum pihak Majlis Perbandaran Selayang mengambil tindakan.



Tiada perhentian bas yang disediakan di Taman Rawang Perdana 2. Gambar ini menunjukkan kedudukan dimana penduduk TRP2 menunggu bas dan cadangan untuk membina perhentian bas di kedudukan di atas akan dikemukakan kepada JKP Zon 19 sekali lagi.





Tiada tanda jalan ke RP10, RP11, RP12 dan RP13, Taman Rawang Perdana 2 di persimpangan jalan utama di atas, iaitu dari Pekan Baru Rawang, dari Taman Rawang Perdana 1 & dari Taman Bukit Rawang Jaya.



Jalan dan lampu yang rosak di jalan RP10/1 dan RP10, papan tanda jalan RP10/1 yang patah, dan jalan utama berhampiran dengan rumah banglo yang rosak.

MASALAH LAMPU JALAN YANG TIDAK BERFUNGSI
Lampu jalan di simpang jalan utama dari Pekan Baru dan dari rumah En. Jeffery Choong masuk ke TRP2, bersama-sama dengan tiga lagi lampu jalan yang berhampiran dengannya telah lama tidak berfungsi. Lampu jalan yang tidak berfungsi ini juga telah ditutup oleh pokok yang besar dan tinggi ;
RP10 - laporan dari En. Ricky (RP10)
a) Lampu jalan tiang konkrit TNB di hadapan rumah no.1 Jln RP10/5, no.40 Jln RP10/6, no.42 & 96 Jln RP10/7 dan no.35 Jln RP10/9 ;

b) 5 lampu jalan tiang besi (MPS) di sepanjang jalan belakang penghujung Jln RP10/5, 10/6, 10/7, 10/8 dan 10/9 dan

c) En. Ricky juga telah memohon 1 lampu jalan baru di pasang di hadapan rumah no.74 Jln ?

RP11 - laporan dari En. Vicky (RP11)
a) Lampu jalan di hadapan rumah-rumah berikut tidak berfungsi, iaitu 1 RP11/1, 1 RP11/2, 38 RP11/2, 2 RP11/5 (tepi dan depan), 1 RP11/6 (tepi), 2 RP11/7 (tepi) dan 1 RP11/8 l
b) Kesemua (5) lampu jalan di sepanjang jalan cerun naik ke atas kuari Sunwaymas dan Minetech di RP11.

RP12 - laporan dari En. Ruby (RP12) :
a) Hanya 2 daripada 9 lampu jalan dari simpang T RP12 ke flat yang berfungsi dan

b) Ketiga-tiga lampu jalan di sepanjang jalan utama dari RP12 ke Taman Bukit Rawang Jaya (yang berhampiran dengan RP12) juga tidak berfungsi ;

RP13 - laporan dari En. Ruby (RP12) :
a) Hanya 2 daripada 7 lampu jalan di depan kedai rumah yang berfungsi.
Akhir sekali, tangki air berhampiran dengan rumah-rumah semi-D yang menjadi sumber bekalan air ke fasa RP10 dan lain-lain yang tidak ditutup. Air yang dibekalkan ke kawasan berhampiran akan tercemar dan membawa masalah kesihatan kepada penduduk persekitaran.



Disediakan oleh : Pn Ong Siew Hong, Tel : 019-2639086



No comments: