Monday, February 18, 2008
JKP Zon 19, Majlis Perbandaran Selayang
Memperkenalkan Jawatankuasa JKP Zon 19, Majlis Perbandaran Selayang
JKP Zon 19 merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Perbandaran Selayang. JKP Zon 19 terdiri daripada 11 kawasan perumahan termasuklah Taman Rawang Perdana 2, Taman Rawang Perdana, Taman Bukit Rawang Jaya, Pekan Baru Rawang, Kampung Kenanga, Kampung Sungei Terentang dll.
Tugas utama jawatankuasa ini ialah untuk menyelesaikan masalah infra struktur di kawasan perumahan ini seperti masalah longkang, lampu jalan, sampah, rumput dan sebagainya dengan peruntukkan yang diberikan oleh Majlis Perbandaran Selayang.
Peruntukkan JKP Zon 19 untuk tahun 2008 ialah RM50,000.- saja.
JKP Zon 19 dipengerusii oleh En. Jeffery Choong Kong Yong dan En. Lee Li Yew pula menjadi penasihat JKP Zon 19.
Taman Rawang Perdana 2 diwakili oleh Puan Ong Siew Hong dari RP11 (Tel : 019-2639086) dan En. Rohimi Yusoff dari RP12 (Tel 016-2272722)
Sekiranya terdapat masalah-masalah infra struktur atau kemudahan awam di kawasan anda yang perlu diperbaikki, sila memaklumkan kepada wakil di atas melalui surat atau sms atau e-mel kepada shong.ong@gmail.com untuk dilaporkan kepada jawatankuasa tersebut.
Sekian, Terima kasih.
Disediakan oleh Pn Ong Siew Hong
Tel : 019-263 9086
E-mail : shong.ong@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment